SAH SEKULAR.

Posted On 2:58 PM by Ismawi Ishak |

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, krisis moral yang berlaku di kalangan belia hari ini berpunca daripada kelemahan dalaman yang tidak ditanam dengan kekuatan spiritual dan juga emosi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kekuatan material dan juga fizikal tidak mampu menentukan kejayaan seseorang itu sekiranya ia tidak disertai dengan emosi serta spiritual yang mantap.

‘‘Malah kejayaan sesebuah peradaban atau tamadun bangsa itu juga banyak bergantung kepada kekuatan minda.

(Utusan malaysia; 4 Disember 2008

Selama ini pun saya tidak pernah kagum dengan anak Bekas Perdana Menteri Tun Razak ini. Betapa susahnya mereka ingin mengakui bahawa krisis moral adalah berpunca daripada lemahnya akidah dan pegangan terhadap agama. saya tidak menafikan bahawa kekuatan ESQ, IQ dan SQ adalah sangat penting akan tetapi sebuah pengakuan terhadap adden(Islam) sebagai way of life sangat susah untuk diakui. Jika anak-anak menerima didikan agama yang baik saya yakin krisis moral akan dapat diatasi.

Betapa sedihnya jika bakal PM negara ini begitu sukar untuk menerima hakikat bahawa Islam memiliki kekuatan yang sangat luar biasa untuk mengatasi segala masalag di dunia ini.

0 Response to 'SAH SEKULAR.'