| Fahri Abdullah al-Masri Sat | Nov 08, 08 | 2:55:02 am MYT | |||||||
| Perpustakaan tercinta ini
Januari 1970, Usman Awang. Ketika tiba di Pantai Dalam tadi, dia terlihat kain rentang kumpulan Pro Mahasiswa yang mengucapkan selamat menempuh peperiksaan kepada siswa-siswi UM. Di sebelahnya itu ada pula kain rentang Selamatkan Umno blogspot. "Hmm.. mungkin cawangan Pekida ada dalam UM agaknya," hati Rizal berbicara sendiri. Dia melihat ada tanda tiga 'line' pada kain rentang itu. Apakah dah wujud gejala samseng di sekitar kampus ini? Dia sendiri kurang mengerti. Dia datang ke sini untuk bertemu seorang rakannya sambil menghitung haba iklim politik kampus. Rupa-rupanya, kini sudah waktunya mahasiswa menjalani peperiksaan. Patutlah lama tidak kedengaran suara-suara panas. Berpandukan falsafah dan pemikiran Iqbal yang menyatakan bahawa alam adalah sumber pengetahuan, Rizal melangkah ke gedung ilmu dan gudang pengetahuan itu. Universiti itu padanya, adalah sumur hikmah, perigi fikiran yang tidak pernah kering air firasatnya walau digali seribu kali. Dalam mana-mana universiti, pustaka itulah yang kerap dikunjunginya. Di situ ada buku, manuskrip dan catatan-catatan yang makin tidak dihiraukan orang kini. Tapi, dia memilih untuk mengunjungi Kedai Buku terlebih dahulu di Kompleks Perdana Siswa. "..Mutiara pendeta tasik pujangga Mengenangkan puisi Usman Awang yang terpahat di dinding pustaka UM itu, Rizal terkenang Pendeta Zaba. Kaitan guru pendeta dengan kota kebenaran, penaung kebebasan ucapsuara itu memang tradisi zaman berzaman. Paling termasyhur, ialah kewujudan Plato dan lain-lain failasuf di zaman Yunani, Rom dan Sparta dahulu. Kemiskinan harta dan kemiskinan ilmu Diselaknya halaman demi halaman, helaian demi helaian, lembaran demi lembaran, Rizal tersua dengan banyak perenggan yang penuh dengan hadis nabi dan ayat al-Qur'an. "Ertinya Zaba ini cendekia yang ada ghairah tinggi kepada Islam juga," hatinya berbicara. "Tapi kenapakah wajahnya sebagai ulama' tak terserlah? Yang dia tahu, pendeta itu selalu dikenali sebagai budayawan bangsa dan juga ahli bahasa." Ungku Aziz pemuja Za'ba dan malah Dr Syed Naquib al-Attas pemuja Za'ba. Kalau tidak silap Rizal, sebuah Rubaiyyat yang pernah diterjemahkan al-Attas ada kaitan juga dengan Za'ba. Dan, dia terlihat catatan Prof Diraja Ungku Aziz mengenai Zaaba juga di situ. Dalam buku Jejak-jejak di Pantai Zaman ini Ungku A. Aziz, menuliskan pendapat Zaaba berhubung kemiskinan orang Melayu dahulu. Rizal mendapati huraian Ungku Aziz ke atas fikiran Za'ba ini relevan sehingga hal pembasmian kemiskinan telah menjadi strategi penting di dalam rancangan ekonomi Malaysia. Lalu, dia teringat kata ahli hikmah, bahawa pendidikan akan menyebabkan meningkatnya taraf hidup seseorang. Sabda nabi juga menyetujui hal sedemikian, sesiapa yang mahukan dunia, akhirat atau kedua-duanya sekali, maka hendaklah orang itu berilmu tinggi. Dan, Rizal terfikir sendirian, "Orang Melayu ini, antara miskin ilmu dan miskin hartanya, hal manakah yang lebih luarbiasa parahnya?" Dia kembali membaca coretan terakhir. Akhirnya, dia bertembung dengan fakta menarik. Ada lelaki Melayu yang bekerja sebagai pegawai pengintip British. Dia inilah penyebab kenapa Za'ba menulis surat pentingnya yang terakhir. Ini didedahkan Ungku Aziz. Akhirnya, dia membuat rumusan dan kesimpulan awalnya. Kemiskinan ilmu itulah barah yang paling utama berbanding kemiskinan harta. Lelaki Melayu yang jadi perisik itu, jika dia berilmu, tentu dia tidak mengkhianati bangsanya sendiri dengan menjadi perisik. Pasti dia menjadi watak pembela agama dan pejuang yang membebaskan negara daripada cengkaman penjajahan. Lelaki itu mungkin kaya hartanya kerana bekerja kepada penjajah tapi dia miskin ilmu dan sanggup menjadi pengkhianat! Rizal keluar dari Kedai Buku, menuju ke pustaka pula. Dalam perjalanannya keluar itu, kebetulannya ada seorang siswa yang keluar awal dari dewan kuliah berhampiran dengan Kedai Buku itu. Dia tersenyum lebar memerhatikan rakannya dari jauh. "Aik.. awalnya kau keluar?" demikian rakannya melaung nun jauh di sana. Sambil tersengih, siswa itu berkata, "Aku tak boleh jawab, sebab itu keluar awal." Pada wajahnya tidak tercalit sedikit pun perasaan kesal kerana gagal menjawab ujian hari ini. Rizal berasa semakin kukuh pandangannya. Kemiskinan ilmu dalam kalangan pelajar Melayu itu jauh lebih membarah dalam jiwa bangsanya berbanding kemiskinan harta. Tiba di pustaka, dia meletakkan tasnya di rak buku di sebelah hujung bangunan itu. Dia berangan-angan mahu mendaftar sebagai ahli pustaka. Cita-citanya membuat sarjana masih belum pudar. Baru tadi, dia telah letakkan nota pesanan kepada seorang pensyarah, kalau-kalau pensyarah itu sudi menjadi penyelianya dalam bidang kajian media. Kenapa harus ada sekatan mendapat ilmu, maklumat? Mahalnya..Kalau di USM dahulu, mahu masuk pun kena pakai tag leher. Kalau tidak, tak boleh masuk pustaka. 50 tahun lebih kita merdeka, kenapa harus ada sekatan untuk orang awam seperti dia yang mahu merenangi, meredah lautan pengetahuan bergelombang, dan kenapa ada halangan untuk menyelongkar isi belantara ilmu di dada kampus bertuah? Mana dia belanjawan prihatin yang dimajukan oleh Najib dan Abdullah dalam Parlimen? Separuh jiwanya meraung. Patah hatinya untuk mencari bahan rujukan. Rizal menjadi tak yakin kepada Abdullah dan Najib lagi. Mereka berdua hipokrit! Lalu, dia kembali pulang ke rumah membawa bersamanya hati yang lara. Pada malam itu juga dia mendengar Abdullah bercakap tentang rasuah. Kata Abdullah, Akta Rasuah pada tahun 1997 akan digantikan dengan Akta Rasuah yang baharu. Kata Abdullah, Jemaah Menteri bersetuju dengan penggubalan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008. Jika akta pencegahan rasuah Pak Lah diluluskan, maka akta pencegahan rasuah 1997 oleh Anwar dahulu tak terpakai lagi. Dahinya semakin berkerut sekarang. Dia mula menaruh curiga dalam hatinya. Anwar pernah berkata dalam ceramah, bahawa ketika dibentangkan Akta Pencegahan Rasuah 1997 dulu, ramai orang dalam Umno yang berdebar-debar. Dan, hal itulah antara sebab kenapa dia telah tersingkir. "Jadi, adakah Akta Pencegahan Rasuah 2008 Abdullah yang membuang akta rasuah 1997 pindaan Anwar sebelum ini boleh dipercayai?" hatinya mula dirasuk rasa was-was. Tergambar di hatinya, dalam Pak Lah kata bahawa dia ingin wujudkan suruhanjaya untuk atasi masalah kehakiman, kes pembunuhan Altantuya dah pun 'selesai'. Dalam masa yang sama, kes Anwar melawan Saiful Bukhari pun masih lagi tergantung di mahkamah. Paklah pernah menipu dalam hal pembubaran Parlimen dulu, tidakkah dia boleh mungkir janjinya? Mana tahu, kot-kot dia berjanji nak turun pada Mac depan, tiba-tiba dia jadi PM semula melawan Najib. Biar Umno tambah meriah..! Tapi, apabila difikirkan sesuatu. Baru dia faham sikit-sikit. Abdullah menipu rakyat saja. Ke atas orang Umno yang dicintainya, dia tak akan menipu dan tidak akan mungkir janji. Cinta Abdullah cuma kepada Umno dan ahli Umno saja, bukan kepada rakyat semua. "Tu.. Raja Petra dibebaskan tu, bukan keadilan ke namanya?" tanya seorang rakan Umno beliau. Ah! Bagaimana dia mahu membalas kiriman sms ini? "Kepala otak kau berjambul," Rizal membalas dengan celuparnya. "Yang tu baru seorang tahanan tanpa bicara. Bebaskan yang lain atau bicarakan depa sama..!! Buduh..!!" Wujudkan 5 buah perkampungan ISA Di sebalik itu, Rizal hairan juga. Sekarang, Pakatan Rakyat sudah ada lima buah negeri. Dan, negeri-negeri itu boleh bagi tanah pula seperti dalam isu-isu yang pernah dibacanya di dada akhbar. Kenapakah PR di 5 buah negeri itu tak boleh berikan tanah kepada GMI untuk uruskan perkampungan ISA? Bukankah ini pun idea berkebajikan juga? Jika mereka boleh 'halau' kem tahanan Kemunting dan buat kecoh di situ, apakah mereka tak boleh buat kecoh lagi, dengan memberikan tanah untuk dibuat perkampungan kepada ahli keluarga, mangsa tahanan ISA itu? Kuasa dah ada. Jadi, tunggu apa lagi? Ah! Apa pun, orang awam seperti Rizal itu, tidak boleh dipersalahkan jika berfikir seperti ini. Dia tak tahu apa-apa hal-ehwal dalaman politik dan negara, hanya bergantung kepada maklumat orang sahaja. Huh! Banyak juga didulangnya ilmu dari UM sepetang ini. Hmm.. nama pun Universiti Malaya. Selain Keretapi Tanah Melayu yang masih kekalkan nama dan jatidiri Melayu, UM masih lagi kekalkan istilah Malaya. Dia masih teringatkan semboyan pada sebuah kain rentang pada 1946 dulu yang berbunyi, 'Malaya for Malays.. Malayan Union not wanted!' Adakah hal itu masih dipertahankan Umno?! 2:19 a.m, 8 November | |||||||
0 Response to 'Sepetang, mendulang hikmah di Universiti Malaya'
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
