[...... kalau boleh,,,,baca lah sampai tamat, ada informasi pentingt dalam ni, cari yang tersirat daripada yang tersurat, walaupun mungkin ada yang perasan, tetapi dalam banyak hal kita terlepas pandang .....]
OBJEKTIF
Pakatan Rakyat, merupakan musuh nombor 1 UMNO/BN, maka dengan itu fungsi dan peranan BAHAGIAN PERISIKAN dan PERANG SARAF UMNO/BN ialah ;-
• Melumpuhkan Pakatan RakyatSERAMPANG DUA MATA, PERTAMA : MEMIKAT DAN MENAWAN PAS
• Memikat dan menawan PAS, dengan slogan Melayu dan Islam
• Menghancurkan PKR, dengan fitnah Liwat 2 DSAI
Ini dibuat dengan ;-
• Melancarkan SLOGAN PERMUAFAKATAN MELAYU
• Mencadangkan MUZAKARAH antara UMNO dan PAS
• Mencadangkan PAS menyertai BN
• Mencadangkan pergabungan PAS dan UMNO
MUZAKARAH
UMNO, melalui risikan-risikan yang dibuat, mengemuka dan mencadangkan beberapa kaedah yang praktikal dan boleh berkesan, iaitu melalui STRATEGI SERAMPANG DUA MATA, PERTAMA dengan MEMIKAT PAS.
Maaf, sekiranya PAS tidak mengetahuinya. Tulisan ini hanya untuk rakyat Malaysia yang lain
• PAS, sebagai musuh utama politik UMNO, sangat diketahui kekuatan dan kelemahannya
• Kelemahan yang paling utama ialah, soal Melayu dan Islam
• Asas agama, yang kuat, setelah tarbiah, usrah dan dakwah yang berterusan, berjaya membina kekuatan dalaman yang hebat, jatidiri dan intergriti yang tulen di semua lapisan pengurusan parti dan ahli.
• Permainan soal kehendak agama, berkaitan dengan dakwah dan muzakarah, adalah pendekatan dan kaedah yang paling berjaya, yang dirumuskan dan dipersetujui oleh semua pimpinan UMNO, yang boleh menjerat, memerangkap dan menjerut seluruh sIstem PAS.
• Sebenarnya niat untuk bermuzakarah ialah untuk memecahkan Pakatan Rakyat
• Dengan menyelinap masuk ke dalam system PAS, ia dapat mempengaruhi menerusi kaedah-kaedah permuafakatan dengan beberapa golongan sasaran dalam PAS, khususnya saf pemimpinan pemuda, yang boleh dikatakan berdarah muda, bernafsu, aggresif dan agak kurang pengalaman, kemahiran dan pengetahuan.
• Salah satu pendekatan yang telah dan sedang dibuat ialah dengan memperalatkan secara halus golongan-golongan ini, khususnya pemuda dan, ahli-ahli paru yang memegang jawatan di pringkat cawangan,dan bahagian
• Golongan ini akan didedahkan dengan pelbagai kaedah perang psikologi, seperti kemunduran Melayu, kekalutan islam, kedudukan PAS yang terpinggir dalam Pakatan Rakyat dan lain lain.
• Akhirnya akan ada dari kumpulan ini yang membuat kenyataan-kenyataan yang berbau kekecewaan, kerisauan dan kemarahan, tentang ketidakadilan layanan oleh ahli-ahli komponen lain di antara satu sama lain,
• Inilah seperti yang sedang kedengaran sekarang ini, di Selangor khususnya iaitu negeri sasaran nombor satu, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak.
• Alhamdulillah Kelantan terselamat kali ini, sebab UMNO sudah penat dan letih untuk terus menghentamnya
• Akhirnya, pihak yang satu lagi, dalam Pakatan Rakyat sekiranya melulu menerima semua ulasan, kritikan dan kenyataan-kenyataan daripada PAS, juga membuat kenyataan-kenyataan balas, yang juga akan menguris hati dan perasaan PAS
• Atau pun, khabar-khabar angin tentang kesahihan muzakarah ini, sedikit sebanyak telah pun menimbulkan kecurigaan di kalangan ahli-ahli PKR dan DAP
• Malah yang lebih parah ialah rasa kecil hati, tertipu, dipermainkan oleh PAS, dikalangan mereka yang tidak menjadi ahli mana-mana parti, tetapi telah memberikan sokongan dan undi yang besar kepada Pakatan Rakyat, PRU-12 lalu.
• Akhirnya, sekiranya pimpinan-pimpinan tertinggi PAS, PKR dan DAP, tiba-tiba menjadi pendik akal, dunggu, seperti di pukau, kurang cerdik, IQ nya lemah masa itu, dah terpengaruh dengan mainan media UMNO/BN, maka apa akan jadi selepas itu, Pakatan Rakyat akan menjadi bertambah longgar,,walaupun di tengah - tengah pernyataan-pernyataan oleh pimpinan tertinggi, yang menyatakan PAS tetap setia dengan Pakatan Rakyat
• UMNO tahu, PAS tidak akan berjaya dipecahkan, dulu, kini dan selamanya, kerana gerak kerja, tarbiah dan usrah yang kukuh, jitu dan kuat di peringkat akar umbi, mustahil mampu memecahkan PAS. Sejarah telah mematangkan PAS . Sejarah telah mengajar PAS
• UMNO tahu, yang PAS tidak tahu, walaupun kita diajar tidak menaruh sangkaan buruk, iaitu antara tujuan-tujuan sebenar idea MUZAKARAH ini ialah untuk mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat, dan sekiranya berjaya, apa maknanya Pakatan Rakyat lagi dengan hanya PKR dan DAP sahaja di dalamnya,
• Juga untuk menjauhkan sokongan orang ramai yang tidak berparti terhadap Pakatan Rakyat, sekiranya PAS belot dengan bersongkol dengan UMNO
• Begitu juga lah apa maknanya bagi PAS, sekiranya sudah bersama dengan UMNO dalam BN?
• atau, apakah maknanya bagi PAS, sekiranya berjaya dikeluarkan dari Pakatan Rakyat, dan PR mati ketika itu, dan bersama UMNO kembali, dan seterusnya berlaku lagi TRAGEDI 1978, dan PAS kembali menjadi dagang membawa risalah islam.
• PAS, seperti lazimnya akan teruskan perjuangan dakwah dan menganggap semuanya itu adalah ujian dan takdir semata-mata dalam mematangkan perjuangan dalam menyebarkan risalah islam
• Sedarlah, PAS dengan cawangan merata seluruh pelusuk negara, satu kekuatan kepada PAKATAN RAKYAT.
• Dengan keluarnya PAS, dari Pakatan Rakyat, misi dan visi serta objektif utama UMNO, iaitu menerusi SERAMPANG DUA MATA PERTAMA nya dikira berjaya
• UMNO akan kembali pulih dengan pecahnya Pakatan Rakyat
• Untuk menghadapi cabaran dari PAS, itu perkara mudah. Kelemahan dan kekuatan PAS berada dalam tangan UMNO.
UMNO
- kenapa umno dan khir toyo MENGGILA BABI [ maaf, bahasa asal terpaksa digunakan, walaupun ada yang cuba- cuba guna bahasa halus, MENGGILA KHIINZIR, kononnnya bagi menjaga hati orang orang UMNO ]menghentam Pakatan Rakyat di Selangor, berkaitan dengan industri babi dan lain-lainnya? Adakah itu sifat UMNO yang kerjanya menyondol apa saja, sama seperti babi yang 24 jam sehari menyondol kebun-kebun pisang?
- juga, kenapa umno dan anuar musa, shazmi miah, dll MENGGILA BABI [ maaf, bahasa asal terpaksa digunakan, walaupun ada yang cuba- cuba guna bahasa halus, MENGGILA KHIINZIR, kononnnya bagi menjaga hati orang orang UMNO ] menghentam Pakatan Rakyat, berkiatan dengan industri agro di Loging dan lain-lainnya? Adakah itu sifat UMNO yang kerjanya menyondol apa saja, sama seperti babi yang 24 jam sehari menyondol kebun-kebun pisang?
- juga, kenapa umno dan tajul ghazali, dll MENGGILA BABI [ maaf, bahasa asal terpaksa digunakan, walaupun ada yang cuba- cuba guna bahasa halus, MENGGILA KHIINZIR, kononnnya bagi menjaga hati orang orang UMNO ] menghentam Pakatan Rakyat, berkiatan dengan konspirati PERJANJIAN PANGKOR II dan lain-lainnya? Adakah itu sifat UMNO yang kerjanya menyondol apa saja, sama seperti babi yang 24 jam sehari menyondol kebun-kebun pisang?
- Apakata, dan bagaimana akhirnya jika UMNO menawarkan tiga pilihan untuk PAS, iaitu BUBAR UMNO, MASUK PAS atau BUBAR PAS MASUK UMNO?
ADAKAH INI SALAH SATU STRATEGI UTAMA UMNO UNTUK MEMIKAT DAN MENAWAN PAS, DIDALAM SERAMPANG DUA MATA PERTAMANYA?
• Ada beberapa items nak ditulis di sini, khususnya untuk saf pimpinan pemuda pas dan ahli-ahli pas serta lain-lain
• kepada semua ahli pas [ khususnya saf pemuda ], Adakah dalam pengetahuan atau tidak, iaitu adanya rombongan saf pemuda pas, bersama pemuda umno [ BAHAGIAN PERANG SARAF & PERISIKAN ] dll, yang ditaja sepenuhnya, makan minum, hotel, tambang dll ke luar negara, menyertai rombongan, yang katanya untuk melihat kesengsaraan, kemelaratan, kedaifan, kemunduran orang - orang melayu, di suatu negara tertentu, guna bagi meracuni pemikiran saf pimpinan pas, supaya menyetujui kepada peperluan mesti adanya muzakarah pas dan umno, kerana difikirkan golongan pemuda [ maaf, meminjam kata - kata dan teguran TGNA ke atas sdr ezam, katanya EZAM BARU SETAHUN JAGUNG DALAM POLITIK, BIARLAH DIA BELAJAR POLITIK DULU, TAK PERLU MENASIHAT ATAU MENGAJAR PAS], adalah baru beberapa hari dalam pas atau masuk pas, mudah dipengaruhi, maklumlah ilmu tidaklah sebanyak mana, pengetahuan masih tohor, pengalaman sekelumit Cuma? Dan motif terakhirnya atau dengan nokhtah akirnya, ialah supaya pas dan umno bergabung, atau pas dipelawa dan dikehendaki masuk barisan nasional /bn [ seperti kata ruangan pengarang, berita harian, 18 julai 2008, jumaat......sila baca dan mentalaah ]. Apa motifnya? Apa muslihatnya? Adakah ini merupakan SERAMPANG MATA PERTAMA UMNO?
• boleh atau tidak sdr sekalian namakan siapakah saf pimpinan pemuda pas yang turut serta dalam rombongan itu. boleh namakan?
• adakah ini bermakna umno, melalui bahagian perisikan dan perang saraf nya telah berjaya menyelinap masuk ke dalam saf pimpinan pemuda pas?
• adakah ianya sama, seperti mana umno menerusi bahagian perisikan dan perang saraf berjaya memasuki pkr, hingga ke tepi ketua umum nya, dengan menggunakan sdr saiful bukhari azlan? Adakah ini merupakah SERAMPANG MATA KEDUA UMNO?
• saudara ada atau tidak sedikit saja [ tak perlu banyak...................], bahawa pakatan rakyat akan pecah juga, dengan cara memikat pas dan menghancurkan pkr, menerusi serampang dua mata ini? Akhirnya PAS akan kembali dagang,berseorangan sama seperti dagangnya islam kembali.
• adakah sdr telah membaca, mengkaji, mentelaah, membuat R&D, satu tajuk artikel TIADA RUNDINGAN PAS DAN UMNO, SUBKI ABDUL LATIF dalam ruangan TERKENANG SEMASA LALU, keluaran SIASAH bil 0106, bertarikh 13 -19 julai 2008, ms 45?. Mengambil manfaat, iktibar, pengajaran, pedoman dan panduan sekiranya ada?
• Atau, agaknya seluruh pimpinan PAS, sudah sembuh sepenuhnya akibat dipatuk ular tahun 1978 dulu, maklumkan telah diberikan ubat yang berkualiti, parutnya sudah hilang kan [? ]. Mungkin Cuma TGNA, yang masih belum pulih sepenuhnya akibat patukan ular 1978 tersebut, jadi masih terasa sakitnya?
• 13 tahun lama Nabi berdakwah dan BERMUZAKARAH dengan kaum kafir Quraish di Mekah, akhirnya 10 tahun di Madinah, tidak bermakna pilhan Nabi atas arahan Allah supaya BERHIJRAH itu salah. Kenapa tidak diteruskan saja di Mekah, bukan kah Mekah itu akhirnya Kiblat seluruh umat islam?
• Eloklah PAS berhijrah ke Pakatan Rakyat, BERMUZAKARAH lah secukup cukupnya dnegan PKR dan DAP. Tunaikan amanah, tumpukan tugas untuk bermuzakarah dalam Pakatan Rakyat tu dulu. InsyaAllah.
[ kalau jumpa, ok lah, alhamdulillah lah, maklumat ini 1st hand report ]
SERAMPANG DUA MATA, KEDUA : FITNAH LIWAT 2, DSAI
OBJEKTIF
• Asakan yang berterusan dan bertubi-tubi masih gagal melemahkan PKR dan seluruh kepimpinan nya
• Sebaliknya yang berlaku, PKR makin diminati dan berduyung-duyung rakyat Malaysia mengisi borang keahliannya dan yang terbaharu khabarnya Bekas Timbalan Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, memberikan gambaran untuk menyertainya.
• Barangkali, PKR yang sebahagian besar dari pimpinannya dan ahli adalah berasal dari UMNO, yang tahu susur galur, kaedah dan pendekatan UMNO, berjaya menangani dengan agak baik setakat ini.
• UMNO terpaksa mengambil pendekatan lebih keras, seperti KONSPIRASI LIWAT 2, dan perlu di’apply’kan segera, seperti yang terjadi sekarang, bagi menghalang peralihan kuasa daripada UMNO/BN kepada Pakatan Rakyat.
• Walaubagaimana pun, kaedah ini telah menjadi sebaliknya, ianya gagal menghancurkan PKR atau DSAI, setakat hari ini.
DAP, MANGSA SETERUSNYA?
• Kenapa UMNO/BN tidak mengusik dan meghalakan serangan kepada DAP?
• PRU-12, hampir seluruh kaum Cina bersama DAP
• MCA hancur
• GERAKAN berkubur
• Begitulah politik cerdik dan celik politik di kalangan orang-orang Cina
• Kaum Cina bersama-sama DAP
• Kaum Cina memberikan undi kepada PAS dan juga PKR. Hasilnya, hampir kesemua kerusi yang dimenangi PAS dan PKR di Pantai Barat, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor, adalah kerana undi kaum Cina [ dan India ]
• Ini berbeza dengan Politik orang-orang Melayu, ianya kalah dan tunduk dengan 5 Kg gula, 2 kampit beras, 1 helai kain pelikat, 1 surah yasin, RM50.00, 1 botol minyak masak, 1 tin Milo 2.5 kg. Itulah harga politik Melayu hampir di seluruh negara, khususnya di desa. Dengan kekuatan ini, dan pelaburan ini, UMNO terus menjadi pilihan orang-orang Melayu. Nak buat macam mana !!!!!!
• Di Terengganu, ada tambahan sedikit, dengan elaun RM300.00 sekali dalam 5 tahun, duit ehsan berjaya mengikat orang-orang Melayu dengan UMNO.
• Kecuali di Kelantan, inilah Melayu yang cerdik dalam berpolitik
• Manakala, kelemahan orang-orang Melayu dalam PAS [ INI YANG TELAH DIKAJI DENGAN PENUH TELITI OLEH BAHAGIAN PERANG SARAF UMNO DAN JUGA PERISIKANNYA ], ialah soal agama.
• Ia pasti akan setuju, tanpa banyak soal, tanpa perlu membuat kajian, penyelidikan atau sekurang-kurangnya melihat sejarah silam, seperti dalam soal MUZAKARAH ini, menerima dengan penuh minat dan bersungguh-sungguh.
• Alhamdulillah, PAS sudah berjaya ditawan [ TIDAK MAHU GUNA PERKATAAN PERANGKAP, JERANGKAP, JERAT, yang agak kasar bahasanya, dan sensitif serta tidak dipersetujui ramai ]
RUMUSAN
• Kenyataan-kenyataan yang disiarkan media, CADANGAN, RAYUAN, PERMINTAAN dan DESAKAN yang dibuat oleh hampir seluruh pimpinan tertinggi UMNO, dari Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Penerangan, Ketua Pemuda, Naib-naib Presiden, Ahli-ahli Majlis Tertinggi, Alhamdulillah TIDAK BERJAYA serta GAGAL menimbulkan sebarang SANGKAAN BURUK di kalangan pimpinan tertinggi PAS, terhadap apa yang TERSIRAT disebalik yang TERSURAT, akan naiwaitu sebenar UMNO.Dengan berjayanya projek serampang dua mata UMNO ini, perancangan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya, akan GAGAL !!!!!!!!!!!!!
• PAS masih percaya UMNO adalah jujur dalam hal ini, untuk berbincang soal kepentingan Melayu dan Islam, walaupun dalam masa yang sama, tangan kanan MEMEGANG SKRIP FAIL LIWAT 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membunuh karier politiknya, manakala tangan kiri menghulurkan persahabatan kepada PAS, salah sebuah rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat, kecuali TGNA yang melahirkan ragu-ragu, kalau-kalau TRAGEDI 1978 berulang kembali
• Apa maknanya persahabatan ini?
Hak kita
• Ambillah dan berikan sedikit peranan, peliharalah Pakatan Rakyat ini . Berilah sokongan.
• Untuk itu, jaga dan bajai lah sungguh-sungguh komponen di dalam nya, PAS, PKR dan DAP
• Kata orang, kalaulah kita tak ada apa-apa senjata, hatta terpaksa gunakan gigi, gigit lah musuh, sekuat-kuatnya, walaupun, musuh bersenjatakan sub-mesingun di tangan.
• Kita rakyat marhaen, tak punya apa-apa, semuanya telah dirampas oleh kerajaan zalim UMNO/BN.
• Cuma, berbekalkan keyakinan dan harapan serta izin Allah, InsyaAllah kita akan berarak ke Putrajaya sedikit masa lagi, menyambut kehadiran Perdana Menteri baru.