MENTERI PENERANGAN HILANG AKAL ?

Posted On 1:59 PM by Ismawi Ishak |

Saya tersentuh untuk menulis tentang beberapa kenyataan egois Menteri Penerangan yang baru, Datuk Ahmad Shabery Cheek. kenyataan dalam mingguan Malaysia; 4 Mei 2008

"Sebab itu saya berpendapat, sidang Parlimen perlu disiarkan secara langsung dan sekarang orang tengok, apa illusinya? Kerajaan (menteri-menteri/timbalan menteri) datang hendak jawab, mereka tidak tanya soalan. Hari pertama pembangkang gagal, rakyat marah."

kenyataan seumpama ini adalah sebuah kenyataan yang paling tidak bersahabat dari seorang Menteri Penerangan. malah akan menimbulkan perasaan membenci. Rakyat Malaysia telah lama bijak dan pada masa ini telah berani menunjukan hak sebagai individu bernegara. Kenapa lontarkan persoalan rakyat marah dan pergaduhan ? dalam parlimen, semasa siaran rakyat dapat menilai akan kelemahan Tuan Speaker. kemelut yang timbul adalah ahli Parimen Pakatan Rakyat ingin bertanya soalan...kenapa tidak diungkit PM meminta izin untuk memberi peluang supaya pakatan rakyat bertanya soalan. ? Menteri Penerangan jangan sekali lagi memburukan prestasi Kerajaan.

0 Response to 'MENTERI PENERANGAN HILANG AKAL ?'