Ismawi....................masih demam.

Posted On 10:07 PM by Ismawi Ishak |

Selama beberapa hari saya tidak berkunjung ke halaman maya meski pun hati tidak tenteram untuk terus meneroka alam maya yang begitu pantas sekali seperti hilangnya pulau batu putih kepada Singapura. Perasaan sedih dan hiba tetap berkunjung didada. alahai hilang maruah dan kedaulatan negara. beberapa hari yang lepas saya ikut meraikan Program Penghayatan Sastera & Budaya anjuran DBP dan JLKN di Kem PLKN Junaco Park Sibu. agak malang kerana ketika itu saya sedang demam tanpa kunjung kebahnya. mengingatkan tugas dan minat dalam bidang sastera dan budaya saya gagahi juga meski pun ada beberapa program belia yang harus saya terlibat.

Alhamdulillah baru pulang dari Kampung Nyalau. program belia anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu. agak malangnya kampung yang hampir satu jam dari Bandar Bintulu belum pun mempunyai belakan air yang bersih jauh sekali bekalan elekterik. agaknya kerajaan BN Sarawak hanya sekadar suka berkempen dan memuji politik pembangunan namun malang bagi rakyat. melihat keadaan sekitar hati akan menjadi lemas dengan seluruh kawasan telah pun dibangunkan untuk tanaman kelapa sawit. agaknya siapa yang punya ???? kalau ada keuntungan untuk rakyat mudahan dapat manfaatnya.

23 Mei yang lalau saya turut berdukacita..kerana demam tidak dapat bersama rombongan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sarawak, khabarnya lawatan tersebut amat berjaya meskipin ada juga sms nakal. hah usah la dibebelkan kan disini. tahniah buat rakan-rakan yang terlibat.
0 Response to 'Ismawi....................masih demam.'