Demam tanpa junjung kebahnya...

Posted On 5:32 PM by Ismawi Ishak |

Masyallah..... saya terpana betapa pantasnya waktu terus bergerak maju, saya merasa sangat susah hati lantaran kerja yang menumpuk banyak gara-gara deman yang belum kunjung kebahnya.pening kepala la...sakit kepala la...nak makan pun rasa pahit. lantaran dalam kesulitan saya menjadi semakin binggung kerana saya harus bekerja sendiri menyara keluarga dan anak-anak yang semakin membesar. Alhamdulillah demi dakwah saya masih berkhidmat sebagai pembantu Tadbir HIKMAH...tolak hutang gaji saya mungkin RM 400.00, pun, begitu saya bersyukur kerana Allah maha kaya.

Tempoh hari saya dalam kesulitan yang besar....saya sempat menjadi tidak keruan binggung.malah menjejaskan tugas saya. namun Allah maha kaya..Dia sentiasa menguji hambaNya dan tidak terlepas juga saya. dalam kebuntuan itu saya baru sedar bahawa hidup ini bukan satu jalan sahaja. dan kawan demikian juga...tidak smestinya majikan saya atau yang paling rapat dengan saya membantu saya saat dalam kesulitan..yang paling mustahak adalah kejujuran. terima kasih kepada mereka yang bukan saya kenali rapat kerana membantu saat saya kesulitan yang amat sangat.

ohhh rasanya politik tanah air semakin deras melaju...macam-macam hal telah berlaku. cuma disarawak masih belum ada perubahannya. BN masih terus mengcengkam, sudah menjadi lumrah perjuangan tentunya masing-masing mempertahankan hak dan berkata mereja jua lah yang benar, tapi bagaimana dengan nasib rakyat. alangkah baik jika sesaat mereka berada dalam kesulitan hidup tentu mereka akan merasai ungkapan susah.

bagi rakyat biasa ianya adalah lumrah dengan terus melafaskan kalimat syukur. tidak pula merasa jengkel bagi pemerintah ketika amanah rakyat tidak tertunai. kemana hak-hak tanah rakyat. saya masih ingin perjuangkan supaya apabila menjadi wakil rakyat jangan sewenangnya menjelmakan sifat kerakusan yang akan merugikan rakyat kecil..anda zalim.....
0 Response to 'Demam tanpa junjung kebahnya...'