Ahli majlis PBT dan JKKK dari UMNO Kedah diarah letak jawatan
2/04/2008 12:17pm
ALOR STAR 2 April — Semua 1,938 anggota Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) serta ahli Majlis Daerah, Perbandaran dan Majlis Bandaraya daripada UMNO diarah meletak jawatan berkuatkuasa semalam ekoran kekalahan Barisan Nasional di negeri itu dalam pilihan raya 8 Mac lepas.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat badan itu yang dipengerusikannya di pejabat UMNO Kedah di sini malam tadi.
Katanya semua anggota JKKK yang dilantik oleh kerajaan BN pada 2006 dan tahun lepas untuk tempoh dua tahun yang hadir pada mesyuarat itu mencapai persetujuan bersama untuk meletak jawatan.
“Bagaimanapun mulai semalam juga semua JKKK tersebut akan dilantik sebagai JKKK Persekutuan dan mereka akan ditauliahkan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.
Mahdzir, yang merupakan bekas Menteri Besar Kedah, berkata peranan dan tugas JKKK Persekutuan adalah sama seperti tugas JKKK negeri - Bernama
Ulasan
1. tindakan yang paling tidak wajar. kerana ianya akan menyebabkan pertelingkahan dalam masyarakat.
2. UMNO akan membayar gaji mereka.
3. mengwujudkan kuasa negeri dalam negeri.
insaflah wahai UMNO jangan lagi memecah belahkan masyarakat.
0 Response to 'PERLETAKAN JKKK KEDAH TANDA UMNO SEMAKIN BINGGUNG'
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)