Pergolakan Umno-Istana: "Selesaikan cara baik" Perantau

Posted On 4:33 PM by Ismawi Ishak |

Oleh Mohd Sayuti Omar
Selasa, 25 Mac 2008
Halaman 1 terhadap 2

PENGERUSI Persatuan Anak-Anak Setiau di Perantauan (Perantau) mahu pergolakan yang meruncing di Terengganu sekarang ini antara parti politik (Umno) dengan institusi raja hendaklah diselesaikan dengan penuh hikmah dan bukannya secara bertegang leher.

Pengerusinya, Mohd Faudzi Musa berkata tidak sepatutnya isu yang berlaku ini berpanjangan kerana ia boleh merugikan orang Melayu.


“Kita akan menyokong sepenuhnya sesiapa saja bakal dilantik menjadi MB. Kita perlu menerima sesiapa yang menjadi MB kerana ia adalah ketetapan Ilahi,” katanya lagi.

“Kita berharap pergolakan yang berlaku ini selesaikan dengan baik tanpa menyakiti hati mana-mana pihak demi perpaduan orang Melayu,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kota Bharu pagi ini.

Penyelesaian secara bertegang leher ujarnya tidak menyelesaikan masalah dan menguntungkan mana-mana pihak sebaliknya akan tambah merumitkan lagi keadaan.

Menurut Mohd Faudzi, Perantau juga akan menyokong sesiapa saja yang akan dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu.

“Kita akan menyokong sepenuhnya sesiapa saja bakal dilantik menjadi MB. Kita perlu menerima sesiapa yang menjadi MB kerana ia adalah ketetapan Ilahi,” katanya lagi.

Berhubung perlantikan MB, bagi Perantau katanya tidak penting siapa mereka tetapi yang penting tokoh yang boleh membawa perubahn dan mengubah nasib rakyat Terengganu.

Dalam pada itu katanya Perantau menghormati kepimpinan Idris Jusoh selama ini yang banyak membawa perubahan dan pembangunan di Terengganu.

Bagaimana pun ujarnya memandangkan perkembangan semasa yang memerlukan pengorbanan dan demi kesejahatraan rakyat beliau (Idris) perlu akur dengan apa yang berlaku.

“Kita tidak boleh menafikan jasa-jasa Datuk Seri Idris Jusoh tetapi beliau harus akur dengan hakikat yang berlaku hari ini,” katanya lagi.

Perantau ditubuhkan 2007 dengan keahlian seramai lebih 1,000 orang.
0 Response to 'Pergolakan Umno-Istana: "Selesaikan cara baik" Perantau'