Awang Harun | Foto Nasir Sudin
Thu | Mar 27, 08 | 2:23:02 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 27 Mac (Hrkh)- PAS Terengganu mengajak rakyat agar berdiri teguh di belakang pihak istana serta Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dalam isu perlantikan jawatan Menteri Besar (MB) Terengganu.

Ini kerana MPPR telah membuat satu keputusan yang bijak dengan menggunakan kuasanya bagi membetulkan suasana dan keadaan negeri ini.

Pesuruhjaya PAS negeri, Dato� Mustafa Ali berkata pihak istana amat memahami apa yang berlaku dalam kerajaan di bawah kepimpinan bekas Menteri Besarnya, Dato� Seri Idris Jusoh.

Image"Kami daripada PAS negeri Terengganu berdiri teguh di atas keputusan yang diambil oleh pihak istana Tuanku.

"Kita (PAS) sedia maklum, amat jarang sekali istana menggunakan kuasa yang ada pada Istana untuk membetulkan suasana dan keadaan,� tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh rakyat agar berdiri teguh di belakang keputusan yang dibuat oleh MPPR untuk tidak memilih Idris sebagai MB.

Menurutnya, PAS tidak berniat mencampuri urusan Umno/BN tetapi berdiri teguh mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan dari anasir yang cuba mengganggu-gugat pihak istana.

"Kita (PAS) tidak berniat untuk campur tangan dalam soal rumah-tangga Umno. Sebab itu, sejak selepas pilihan raya hingga sekarang kita (PAS) tidak pernah buat apa-apa yang mengeruhkan suasana dan keadaan itu,� jelasnya.

Justeru itu, katanya jika Umno meneruskan juga dengan tindakan-tindakan yang tidak berakhlak PAS akan meneliti perkara tersebut sebelum mengambil tindakan.

�Kita kesal Umno Terengganu tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh MPPR sehingga menggunakan perkataan yang biadap terhadap istana,� ujarnya.

Tinjauan Harakah mendapati antara sepanduk yang dipamerkan ahli-ahli Umno yang berhimpun di hadapan Istana Terengganu, 23 Mac lalu bagi melahirkan sokongan kepada Idris adalah "Kami Masih Perlukan YAB Dato� Seri Idris Jusoh", "Sokongan Kami Tak Berbelah Bagi Kepada YAB Dato� Seri Idris Jusoh" dan "Kami Nak Idris, Natang (binatang)".

Tunjuk perasaan dan sepanduk yang berunsur ugutan itu, kata Mustafa adalah suatu penghinaan kepada institusi Raja Berperlembagaan.

"Umno Terengganu tidak menghormati apa jua keputusan yang telah dibuat oleh MPPR. Lainlah jika Raja memilih seseorang yang bukan dari kalangan parti yang memenangi majoriti,� ujarnya.

Justeru itu, beliau menasihatkan Idris serta para penyokongnya agar menerima keputusan pihak MPPR sebagai qada dan qadar.

atanya, PAS sedang mengikuti perkembangan tersebut dengan terperinci dan tidak mahu mana-mana pihak cuba merosak atau menghina institusi beraja di negeri ini.

"Umno patut menyedari bahawa apa yang selama ini mereka katakan bahawa mereka mempertahankan ini (institusi Raja) tetapi mereka (Umno/BN) sendiri yang telah merosakkan apa yang mereka selalu sebut.

"Saya menasihatkan Idris supaya menerima ini sebagai suatu keputusan yang ditakdirkan sebagaimana yang beliau sendiri pernah sebut beberapa hari lalu akan menerima apa sahaja qada dan qadar,� ujarnya. - tajdid
0 Response to 'Krisis MB T'ganu: PAS ajak rakyat pertahankan keputusan istana'