Oleh Utusan
Jumaat, 28 Mac 2008
KT: Kesemua 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu akhirnya mengubah pendirian mereka dengan menerima pelantikan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar yang baru sebagai mematuhi arahan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid berkata, kesemua ADUN terlibat telah menyatakan sokongan terhadap Ahmad di hadapan Abdullah ketika pertemuan selama dua jam dengan Perdana Menteri di Kuala Lumpur kira-kira pukul 8 malam tadi.
Menurut beliau, dalam pertemuan tersebut, Abdullah telah menerangkan kepada mereka sebab mengapa Majlis Tertinggi (MT) UMNO menerima keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu dalam mesyuarat sebelum itu.
0 Response to 'Akhirnya 'geng 23' akur, ubah pendirian sokong Ahmad Said'
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)